Proses pemanasan logam kepada suatu tahap suhu yang tertentu dan diikuti
dengan proses penyejukan pada kadar yang tertentu. Dalam proses rawatan haba
terhadap keluli, beberapa pusingan haba dikenakan terhadap keluli tersebut
iaitu:-
- Dipanaskan secara perlahan-lahan sehingga suhu yang ditetapkan iaitu bergantung kepada kandungan karbon.
- Direndamkan atau dibiarkan pada suhu itu dalam jangka masa yang tertentu bergantung pada saiz komponen yang dirawat haba.
- Disejukkan dalam media yang dikhaskan dengan kadar yang tertentu.
Tujuan rawatan haba
Untuk mengubah dan mempelbagaikan sifat siat mekanikal
logam, kekerasan,kerapuhan, kekuatan tegangan, ketempaan, keanjalan dan
kebolehmesinan.
Media penyejukkan
- Air garam
- Larutan garam
- Air sejuk (paip)
- Minyak
- Udara
Sepuh Lazim/ Penormalan (Normalising)
Proses ini hampir sama dengan proses sepuh lindap
(annealing) kecuali proses penyejukan dilakukan di udara.
Tujuan utama proses ini ialah bagi memperbaiki sifat-sifat
mekanikal seperti kemuluran dan keliatan. Sepuh lazim sama seperti sepuh lindap
penuh tetapi penyejukan dalam udara yang tetap, dan pemanasannya pula dilakukan
pada 50oC di atas garis kritikal atas untuk semua kandungan karbon.
Biasanya iini merupakan proses rawatan haba yang terakhir sebab selepas proses
sepuh lazim, kkeluli yang diperolehi adalah lebih kuat dari sepuh lindap penuh
disebabkan strukturnya yang lebih halus. Tegasan, kekuatan, adalah lebih tinggi
dari yang didapati melalui sepuh lindap penuh.
Tujuan
Adalah untuk
menghasilkan hablur yang halus bagi memperbaiki sifat-sifat mekanikal seperti
kemuluran dan keliatan.
Kelebihan Proses Sempuh Lazim
- Untuk menghasilkan stuktur lebih keras dan lebih kuat dari aloi.
- Untuk meningkatkan kadar ketahanan kemesinan
- Untuk mengubah dan memperbaiki struktur logam
- Untuk mengembalikan stuktur rosak tanpa mengurangkan kekerasan dan kekuatan tegangan
Kadar kekerasan selepas dinormalisasi
Seperti yang terlihat
dari gambar diatas, rendah dan sedehana karbon dapat mempertahankan tingkat
kekerasan yang sama ketika biasa. Namun, ketika baja karbon tinggi dinormalisasi mereka mempertahankan tingkat kekerasan yang lebih tinggi.
Fasa keseimbangan besi karbon
Fasa
|
Penerangan
|
Austerit
|
· Larutan pepejal karbon besi
· Kebolehlarutan maksimum karbon ialah 2 peratus pada suhu 1129oC
|
Ferit
|
·
Larutan pepejal karbon
dalam besi
·
Kebolehlarutan maksimum
karbon ialah 0.025 peratus pada suhu 723oC
|
Sementit
|
· Besi karbida
· Mengandungi 6.67 peratus karbon
|
Pearlit
|
·
Terdiri daripada lapisan
ferit dan semantit
|
No comments:
Post a Comment