Sunday 14 August 2016

HEAT TREATMENT (NORMALISING)

Pengenalan
Proses pemanasan logam kepada suatu tahap suhu yang tertentu dan diikuti dengan proses penyejukan pada kadar yang tertentu. Dalam proses rawatan haba terhadap keluli, beberapa pusingan haba dikenakan terhadap keluli tersebut iaitu:-
  1. Dipanaskan secara perlahan-lahan sehingga suhu yang ditetapkan iaitu bergantung kepada kandungan karbon.
  2. Direndamkan atau dibiarkan pada suhu itu dalam jangka masa yang tertentu bergantung pada saiz komponen yang dirawat haba.
  3. Disejukkan dalam media yang dikhaskan dengan kadar yang tertentu.
Tujuan rawatan haba

Untuk mengubah dan mempelbagaikan sifat siat mekanikal logam, kekerasan,kerapuhan, kekuatan tegangan, ketempaan, keanjalan dan kebolehmesinan.

Media penyejukkan
  1. Air garam
  2. Larutan garam
  3. Air sejuk (paip)
  4. Minyak
  5. Udara 
Sepuh Lazim/ Penormalan (Normalising)


Proses ini hampir sama dengan proses sepuh lindap (annealing) kecuali proses penyejukan dilakukan di udara.
Tujuan utama proses ini ialah bagi memperbaiki sifat-sifat mekanikal seperti kemuluran dan keliatan. Sepuh lazim sama seperti sepuh lindap penuh tetapi penyejukan dalam udara yang tetap, dan pemanasannya pula dilakukan pada 50oC di atas garis kritikal atas untuk semua kandungan karbon. Biasanya iini merupakan proses rawatan haba yang terakhir sebab selepas proses sepuh lazim, kkeluli yang diperolehi adalah lebih kuat dari sepuh lindap penuh disebabkan strukturnya yang lebih halus. Tegasan, kekuatan, adalah lebih tinggi dari yang didapati melalui sepuh lindap penuh. 

Tujuan
Adalah untuk menghasilkan hablur yang halus bagi memperbaiki sifat-sifat mekanikal seperti kemuluran dan keliatan.

Kelebihan Proses Sempuh Lazim
  • Untuk menghasilkan stuktur lebih keras dan lebih kuat dari aloi.
  • Untuk meningkatkan kadar ketahanan kemesinan
  • Untuk mengubah dan memperbaiki struktur logam
  • Untuk mengembalikan stuktur rosak tanpa mengurangkan kekerasan dan kekuatan tegangan 
Kadar kekerasan selepas dinormalisasi

Seperti yang terlihat dari gambar diatas, rendah dan sedehana karbon dapat mempertahankan tingkat kekerasan yang sama ketika biasa. Namun, ketika baja karbon tinggi dinormalisasi mereka mempertahankan tingkat kekerasan yang lebih tinggi.

Fasa keseimbangan besi karbon

Fasa
Penerangan
Austerit
·     Larutan pepejal karbon besi
·     Kebolehlarutan maksimum karbon ialah 2 peratus pada suhu 1129oC
Ferit
·      Larutan pepejal karbon dalam besi
·      Kebolehlarutan maksimum karbon ialah 0.025 peratus pada suhu 723oC
Sementit
·      Besi karbida
·      Mengandungi 6.67 peratus karbon
Pearlit
·      Terdiri daripada lapisan ferit dan semantit

No comments:

Post a Comment