Sunday 14 August 2016

UJIAN TEGANGAN (UJIAN MUSNAH)

Ujian ini digunakan untuk menentukan kekuatan tegangan dan kemuluran bagi sesuatu kimpal. Mesin yang digunakan bagi ujian ini ialah ‘Universal Testing Machine’ ataupun mesin ujian Universal. Logam diuji dan ditrarik sehingga putus Ujian-ujian ini dilakukan kepada sebarang bahan kerja yang mempunyai keratan lintang yang seragam, dalam sebuah mesin ujian ( Universal Testing Machine ) yang boleh menunjukkan beban yang dikenakan untuk sesuatu pemanjangan yang didapati daripada panjang yang tersukat ( iaitu panjang tolok ).

Tujuan ujian ini dijalankan
Tujuan ujian ini dijalankan ialah untuk memperolehi beberapa nilai sifat mekanik bahan yang diuji.  Sifat mekanik yang dikaji adalah seperti berikut:
  • Tegasan tegangan kejuruteraan
  • Terikan
  • Tegasan alah
  • Tegasan tegangan muktamad/ maksimum
  • Peratusan pemanjangan
  • Peratusan kekurangan dalam luas keratan rentas

Contoh gambar bahan yang sedang diuji pada mesin ujian universal

Contoh gambar bahan yang telah selesai diuji

No comments:

Post a Comment