Sunday 14 August 2016

KECACATAN KIMPALAN

Kesempurnaan kimpalan mempunyai kekuatan yang sama seperti logam induk dan boleh dihasilkan dengan mengguna pakai proses yang betul. Sambungan yang dikimpal hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan.

Terdapat banyak jenis kecacatan yang boleh berlaku pada kumai atau sambungan. Terdapat beberapa kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan terdapat jugak kecacatan berada di dalam kumai yang dapat dikesan dengan proses tertentu. Jika suatu kecacatan itu berada di kawasan luaran, kecacatan tersebut hendaklah dibaiki. Jika kecacatan itu berlaku di kawasa dalaman, projek tersebut dianggap gagal. Setiap projek yang telah hendaklah diperiksa mengikut dua cara iaitu Ujian Musnah atau Ujian Tanpa Musnah.

Jenis-jenis Kecacatan Kimpalan
Kecacatan kimpalan terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Kecacatan luaran
  2. Kecacatan dalaman
Kecacatan Luaran
Kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa perlu memusnahkan logam. Antaranya:
  1. Hakisan
  2. Keselitan sangga
  3. Rupa kimpal buruk
  4. Keretakan
  5. Kurang penembusan
  6. Percikan lampau
  7. Herotan
Kecacatan Dalaman
Kecacatan jenis ini dapat dilihat sama ada dengan memusnahkan logam atau menggunakan pancaran dan lain-lain untuk melihatnya. Antaranya:
  1. Keliangan
  2. Kurang leburan
  3. Lubang udara
  4. Keselitan sangga
Hakisan

Hakisan merupakan pengurangan pada permukaan plat yang dikimpal dan biasanya berlaku pada panjang kimpal dan ia mudah berlaku apabila mengimpal sambungan kambi.

Punca-punca berlaku:
  • Menggunakan arus kimplan yg terlalu tinggi
  • Mengimpal dengan jarak arka yg terlalu jauh
  • Pergerakan kimpal terlalu laju
  • Sudut elektrod yang salah

Cara-cara mengatasi:
  • Laraskan penggunaan arus yang sesuai
  • Gunakan jarak arka yang tepat
  • Pastikan kelajuan mengimpal seragam sepanjang larian
  • Pastikan sudut elektrod betul



Keselitan Sangga
Ia merupakan bendasing yang terperangkap dalam logam kimpal yang lebur ketika operasi menimbun semasa mengimpal. Keselitan sangga atau bendasing yang terperangkap akan melemahkan kimpalan kerana ia mempunyai kesan yang sama dengan keretakan.

Punca-punca berlaku:
  • Mengimpal pada logam asas yang kotor
  • Pergerakan elektrod yang salah
  • Menggunakan arus yang rendah
  • Sangga tidak dibersihkan sebelum mengimpal larian yang seterusnya
Cara-cara mengatasi:
  • Bersihkan logam asas dari minyak, kotoran dan sebagainya sebelum kimpal
  • Pergerakan menganyam perlu dilakukan sepanjang larian
  • Laraskan arus yang sesuai
  • Sangga perlu dibersihkan sepenuhnya sebelum lakukan larian seterusnya


Rupa Kimpal Buruk

Kecacatan kimpalan yang dapat dilihat dimana permukaan kumai tidak sama lebar dan tidak sama rata.

Sebab-sebab berlaku:
  • Jarak arka tidak stabil
  • Kelajuan mengimpal tidak sekata
  • Mengimpal dengan arus yang salah
  • Mengimpal dengan elektrod yang lembab
  • Kaedah menganyam tidak sekata
Cara-cara mengatasi
  • Seragamkan jarak arka
  • Seragamkan kelajuan mengimpal
  • Mengimpal dengan arus yang sesuai
  • Gunakan elektrod yang terdapat di dalam oven



Keretakan
Keretakan yang terdapat pada permukaan kumai di mana boleh melemahkan sambungan.

Punca-punca berlaku:
  • Sambungan terlalu keras dan tidak mengembang atau mengecut, hasil kimpalan akan dalam keadaan tegasan tinggi
  • Kadar penyejukan terlalu cepat
  • Kawah leburan tenggelam
Cara-cara mengatasi:
  • Lakukan pra panas pada logam sehingga melebihi 200oC sebelum mengimpal
  • Sejukkan logam secara perlahan lahan
  • Gunakan elektrod salutan hidrogen


Percikan Lampau

Percikan lampau ialan percikan yang banyak terpercik pada permukaan logam semasa mengimpal.

Punca-punca berlaku:
  • Menggunakan arus yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan elektrod
  • Salutan bahan lakur elektrod tidak berkeadaan sempurna
  • Jarak arka yang tidak selaras
  • Logam asas kotor
Cara-cara mengatasi:
  • Laraskan arus mengikut saiz elektrod
  • Elektrod yang digunakan dalam keadaan sempurna dan kering
  • Jarak arka selaras mengikut saiz elektrod yang digunakan
  • Bersihkan logam asas sebelum mengimpal


Kurang Pengisian
Kecacatan ini ialah dimana penembusan yang tidak mencukupi pada logam asas di bahagian belakang sambungan untuk sambungan temu.

Punca-punca berlaku
  • Pergerakan elektrod terlalu diarahkan ke bahagian tepi persediaan plat.
  • Muka punca, jarak punca dan sudut serong pada plat tidak betul menyebabkan penembusan kurang diperolehi.
  • Pergerakan mengimpal terlalu laju ini akan memberikan masa yang kurang pada logam asas untuk lebur.
  • Sudut elektrod yang salah ketika mengimpal
  • Arus kimpal yang rendah digunakan semasa mengimpal terutama pada logam yang tebal.
Cara-cara mengatasi:
  • Elektrod perlu diarahkan di tengah sambungan semasa mengimpal
  • Buat persediaan plat dengan betul bergantung pada tebal plat yang digunakan
  • Jika sudut kecil, tambahkan supaya besar sedikit untuk memudahkan mendapat penembusan
  • Selaraskan arus mengikut kesesuaian plat yang dikimpal
  • Imbangkan pergerakan elektrod terutama ketika menganyam



Kesimpulan

Kesemua sambungan sambungan kimpalan patut diuji untuk memastikan kekuatan, ketahanan dan kebocoran. Sambungan kimpalan yang telah dikimpal pada logam asas sebenarnya mempunyai lebih kekuatan daripada logam asas itu sendiri. Dalam hal ini kita patutlah mengetahui dan mencari sebab sebab keccacatan dan cara mengatasinya.
Kecacatan kimpalan boleh berlaku disebabkan kelekaan kita. Di samping itu, kecacatan ini berlaku disebabkan terdapat jurukimpal yang kurang mahir dan pengalaman. Kecacatan yang banyak kepada kumai boleh menyebabkan sesuatu projek itu gagal atau tidak kuat dan tidak kuat. Kecacatan kimpalan mestilah dielakkan dari berlaku pada sesuatu projek bagi mendapatkan hasil projek yang sempurna dan tahan lama.

23 comments:

  1. salam bro..tnya..ni kecacatan bagi kimpalan MIG ke TIG?

    ReplyDelete
  2. Bodo pe taikk dok paham setarang aku.. Doh cik sruh brifing esok acu bagi hok mudoh paham sikit

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah...trima kasih banyak2

    ReplyDelete
  4. Apa maksud tidak kesejajaran dalam kimpalan

    ReplyDelete
  5. Apa maksud lekukan penembusan

    ReplyDelete
  6. mana punca dan pencegahan bagi herotan?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih nota yang tepat

    ReplyDelete
  8. penerangan untuk jenis-jenis kecacatan dalaman mana???

    ReplyDelete
  9. penerangan untuk jenis-jenis kecacatan dalam yang dinyatakn di atas mana?? tq in advnce..

    ReplyDelete